Sup Tulang Merah di Restoran M.A. Deen Biasa Singapura

Orang kata kalau datang Singapura, harus mencuba Sup Tulang Merah yang cukup popular di sana. Biarpun kedengarannya agak pelik, tapi ramai yang kata rasanya agak unik dan tidak sama dengan sup tulang yang biasa kita nikmati.

Dan antara restoran makanan di sini yang cukup pupular kerana penangan sup tulang merah ialah Restoran M.A. Deen Biasa yang terletak di Jalan Sultan. Dan saya ke sini bersama Dedet dengan hanya berjalan kaki dari hotel dan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Kenalkan ini adalah pemilik restoran iaitu Encik Deen. Orangnya 'simple' dan bersahaja dan sangat mudah untuk didekati. Seronok berborak dengan Encik Deen seolah kita sudah mengenali beliau cukup lama. Menurut Encik Deen nama restoran M.A. Deen Biasa itu adalah bersempena ;

M- [M]Mohd Ismail (atuk)
A - [A]bdul Jabbar (ayah)
DEEN - nama beliau
BIASA - yang ini agak unik, perkataan biasa adalah perkataan yang cukup sinonim pelanggannya gunakan setiap kali membuat tempahan makanan. Contoh nasi lemak biasa Encik Deen. Teh ais macam biasa! Memang agak kelakar tapi keadaan itu menjadikan beliau meletakkan perkataan BIASA sebagai salah satu nama restorannya.

Dan pada masa akan datang restoran ini akan disambung pengurusannya oleh anak lelaki beliau iaitu Din.

Ada 3 saiz untuk hidangan Sup Tulang Merah ini. Iaity L, M dan S, kalau tak silaplah. Memandangkan saya datang berdua so kitaorang amik saiz S yang ada 8 ketul tulang. Untuk saiz S ini harganya SGD20. 

Muka excited sebab dapat makan Sup Tulang Merah, hahaha. Rasa sup tulang manis-manis pedas. Sedap makan dengan roti dan haruslah dalam keadaan panas-panas. Roti untuk satu bakul tu SGD2. Tapi untuk sup tu saya tak boleh hirup selamba sebab pedas, Isi daging dia walaupun tak banyak tapi tetap ada dan sangat lembut.

Teh ais dia pun sedap hokeh SGD2 segelas.

See licin walaupun makan berdua.

Kedai ni juga popular dengan rojak Singapura selain daripada masakan goreng (panas2) seperti mee goreng mamak dan sebagainya.

Kedai M.A Deen ini terletak di Jalan Sultan Singapura, berhadapan jalan besar dan bersebelahan dengan hotel (tak ingat dah nama hotel tersebut). Kawasan dekat belakang restoran ini, kalau kita jalan-jalan (jauh sedikit) terdapat kedai yang menjual cenderamata Singapura.

Rekomen. Kalau nak makan Sup Tulang Merah bolehlah datang ke Restoran M.A Deen.

Comments

mama tisya said…
hah sup tulang merah mmg femes kt spore...pernh mkn kt kl tp lama dh 8thn sudah ..tk ingt dh rasanya camne..tp ms hubby p spore pn die dok cite juga psl menu ni
Faries said…
Sedapnya kak sup tu. Warna merah menyala. Pedas sangat ke tu. Haritu ke Singapore tak sempat try. Enjoy ya dating berdua dgn suami.hehehe
Hasif Hamsyari said…
Aduhai, sedapnya nampak! Tak pernah tahu pula pasal sup tulang merah ni sebab kali terakhir ke Singapure saya cuba murtabak zam zam yang dekat dengan Masjid Sultan tu jugak. Memang power. Oklah, next time kena singgah ke sini pulak!
Cindyrina Rina said…
Ada baca pasal sup tulang merah ni. Hari tu gi SG tak pegi punu try. Kat KL rasa ada tak jual ni? Serious teringin nak rasa.
looks yummy and glad you enjoy it. My dad too like to drink sup tulang, shall let him know of this.
Shermyn Lim said…
Sup tulang ini nampak sedap.
Pedas kan? Sebab memang nampak merah.
Nanti saya recommend kawan saya yang suka makan suka makan tulang.
CikLily Putih said…
merah benau warnanya kan tapi sedap bak hang! kedai ni memang fames kat spore tuh
tenku butang said…
baru tahu ada masakan nama sup tulang merah.. unik sangat.. pedas tak? macam sedap tapi macam pedas je.. huhu
RunawayBella said…
Kalau Bella balik Singapore, mesti ada "food fest" makanan Singapore. Of course, masakan family member lagi sedap tapi kalau nak yang susah sikit nak buat tu, akan ke Geylang and Jalan Sultan ni untuk dapatkan yang best2 tu. Kalau dok Singapore lama sikit, mesti naik berat badan. Hahaha
adianiez AIDA said…
wow. sup tulang merah di spore. tempat asal nyer :)
aida pernah makan, tapi di kedai makan spore, melaka.
sini pun dah sedap.
apatah lagi kalau makan di spore kan.
byk plak tu dlm plate. puas makan!
Wawa Ashihara said…
kita bukan penggemar sup tulang tapi bila tgok gmbr ni ya Allah... rasa macam nikmatnya dunia ada makanan sebegini... nampak menyelerakan betul,, tgok klo akk kita makan sup tulang, sampai disedut2 abis....
Mrs Liez said…
Aduhhhh liez teringin sangat nak makan sup tulang nerah ni.. ms g singapore tu xsempat nak g mkn.. terliur pulak liez tengok..mmg kena cari bila ke singapore nnt
Hanny Abdullah said…
Sis kalau ke Singapore memang ni aje lah yang sis cari. Baru2 ni dari Johor sanggup ke Singapore semata2 nak makan sup tulang merah ni, tapi sis makan kat tempat lain, bukan kat sini tapi Deen gak le..mungkin cawangan. Sis siap bungkus 20 ketoi bawak balik KL..hahaha
Dik bee said…
perghh saiz S pun dah banyak. TAk leh bayangkn kalau saiz XL. Tapi betul la, orang kata kalau pi Singapore mesti kena makan sup tulang merah ni. Cuma nak cari lokasi yang sedap tu tak tau yang mana. Ok lepas ni tau dah, tuju restoren M.A Deen Biasa la
sya mimie said…
kalau tak biasa tengok, mesti rasa pelik je nak makan kan?
haha.. Sebab takut pedas ke apa rasa dia.
nak-nak kita ni jenis tak tahan pedas.
tapi kalau tengok sis makan boleh licin gitu, ternyata sedap kan.. hehe
Ibu Syurga said…
Sup tulang tu warna merah menyala macam tu. nak makan pun rasa pedas agaknya. tak tahula warna tu warna asli atau dari pewarna tambahan
idayu nim said…
Memang selalu dengar pasal sup merah ni, tapi tak pernah lagi rasa sebab takut tengok warna dia yang merah menyala tu. Mak dan adik saya pandai buat sup merah ni. Nanti balik kampung boleh la nak rasa.
Angel Poi Woon said…
oh my! is it sup? or we should call it sauce? look so tempt!! definitely want to try if go to Spore~
Mawardi Yunus said…
Perghhh. Terliurnya sis. Sup tulang merah tu nampak sedap sangat tu. Berapa kali ke singapore tak sempat nak rasa sup tulang merah tu. Nanti nk kena try lah

Popular Posts