Filem Operasi X 2018 Bakal Meletop di Pawagam Pada 1 NOV 2018

Masa mula-mula tengok tajuk filem ni..terfikir juga kenapa diberikan judul OPERASI X, tidak OPERASI Y mahupun OPERASI Z....Kenapa mesti X? Hahahahhaahhaha

..
..


Random


..
..



[X] ini satu huruf yang dapat mempertejermahkan sesuatu yang suspen, ingin tahu sepertimana yang sering kita gambarkan kepada perkataan Xtrem, Xtra, Xplode, Xploitasi, Xperimen dan banyak lagi. 


Sejujurnya saya memang teruja untuk menonton filem Operasi X ini. Dengan membariskan pelakon lama yang cukup dikenali sehingga kini seperti Dato' Awie dan Dato' Aaron Aziz. Kehadiran Datuk Yusuf Haslam yang cukup senonim dengan watak Ketua Polis secara tidak langsung menjadikan filem ini antara Filem Terbaik 2018. Antara pelakon lain yang turut menjayakan watak didalam filem aksi ini seperti Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah,Rafizah Shima dan Zaidi Omar. Dan untuk pengetahuan korang semua, Operasi X adalah sebuah filem aksi terbitan Dream Pictures Production dibawah arahan pengarah Sandosh Kesavan.

Filem ini mengisahkan seorang Assistant Superintendent, iaitu ASP Redzuan yang mula hilang kepercayaan terhadap pasukannya apabila dia menyaksikan sendiri di depan mata kematian rakan baiknya, Inspektor Aman. Lebih menyedihkan kawan baiknya itu dipercayai telah dibunuh oleh pihak polis. Redzuan seterusnya membawa diri dan tidak berhubung dengan sesiapa. Beliau telah tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Atas arahan ASP Redzuan kemudiannya telah ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. 


Jika biasa kita melihat watak Awie sebagai seorang pemuda naif, kelakar dan jiwang, namun untuk filem ini Awie memegang watak antigonis iaitu Belut. Melihat karektor Belut mungkin juga kita boleh bayangkan beliau seorang yang sangat berpengaruh sebagai taikun. Sentiasa segak berpakaian kemas dan mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi seolah kita boleh gambarkan ianya seperti watak Godfather, ketua mafia yang disegani.

Biarpun sudah berlambakkan naskhah di layar perak berkisarkan dunia jenayah, polis dan sebagainya tidak menghalang keterujaan saya untum menonton Operasi X. Ini kerana filem ini turut mempertengahkan isu kekeluargaan, cinta, persahabatan dan paling utama adalah kisah semangat pejuangan yang tinggi. Boleh dikatakan intipati cerita yang mampu memberi inspirasi serta motivasi kepada masyarakat secara amnya.


Saksikan trailer Operasi X  Filem Terbaru 2018 yang memang gempak! Penuh aksi dan debaran yang membariskan pelakon hebat lama dan baru. 


Filem Terbaru 2018 dari Dream Pictures Production bakal melancarkan Operasi X pada 1 November 2018. Dan saya pasti akan menontonnya bersama keluarga!

Keterangan lanjut mengenai filem Operasi X, boleh layari:-

Facebook

Instagram

Twitter
Filem Operasi X 2018 Bakal Meletop di Pawagam Pada 1 NOV 2018 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 31, 2018 Rating: 5

19 comments:

Sherry Go Sharing said...

its important to go for entertainment, glad that you are sharing this movie. this movie I no watch yet, got to ask my dear want to watch it or not.
so fast it's gonna be Nov soon.

Afizah Abd Rahman said...

Jalan cerita macam best dan menarik. Memang boleh buat orang tertarik nak tengok ni. Pelakon-pelakon pon semua hebat-hebat. Rasanya tak pernah tengok Awie pengan watak jahat lagi.

Fadzi Razak said...

Eh besok keluarnya. Tak nampak pulak promosi filem ni. Tengok kak ayu post baru tau ada dieornag nak keluarkan filem ni

Maha Mahu said...

Alamak kita baru jer tonton trailer ni hehehe tapi menarik dan gempak gilerrr cuma mungkin ada sikit-sikit tu yang boleh dibaiki tapi gandingan awie dan aaron sangat best...

tenku butang said...

Wahh awie ke tu?? ni yang buta rasa nak tengok ni.. awie pegang watak gengster ye??

Jane Chua said...

Good for Malaysia Film Industry for producing such a great movie. Can't wait to watch it with my children to support our own industry.

Mimi Azirah said...

Gempak gila trailer operasi x ni. Nampak menarik untuk ditonton tapi ada beberapa part tengok tu macam tak real kena perbaiki lagi. Tapi so far tengok memnag menarik

Faries said...

Memang nak kena tengok ni sebab semua pelakon hebat-hebat. Harap ada aksi diluar jangkaan hehehe. Hairul azreen pun berlakon best.huhuhu.

Qeela Aini said...

Fuhh tengok trailer macam gempak je jugak kan movie ni, lagi2 ada my favourite jugak tu Dato Awie & Aaron Aziz. hehe. Diorang punya lakonan mesti terbaik kan. Nanti nk tengoklah movie ni.

Nik Khazami Nik aziz said...

dah lama ye aaron aziz tak berlakon.. sekarang ni banyak filem yang dibintangi pelakon handsome tapi berlakon tak seberapa. hehe.. harap2 filem ni best

AL Official said...

wah ade tok wie lah ..

Bella Jamal said...

Kalau ada Awie, mesti best filem ni. Tambahan lagi dengan pelakon popular lain. If Dato Yusof Haslam memang selalu amik pelakon yg boleh bawak kutipan ke panggung. Byknye cerita atak sempat tgk lagi. layan trailer dululah.

Mouse Mommy Treats said...

Operasi X ni action movie ya, rasanya adik sy suka ni. Nnt blh ajak dia tengok skali.

Emilinda said...

Wowwww, macam gempak je bila tengok trailer dia. Nanti bila dah keluar kat cinema nak pi tengok la. Hihi. Tak sabar pulak rasanya.

Jia Shin Lee said...

This movie sounds really exciting, I'll watch it in the cinema to support our local film makers.

adianiez AIDA said...

apapun citer, kena tgk pelakon nyer.
mantop semuanya. tarikan pertama!
then, harap sgt citer nya pun menarik, kan.
lama dah tak tgk aaron aziz dipanggung :)

rubydotmy said...

Filem ni 1 November kan kak. Jom tengok kak. Sebab ada pelakon hebat. Saya suka cerita also mcm ni. Harap tak mengecewakan. Sebab saya baru ada mood tengok filem melayu after Munafik dan Paskal. Haha

Seriwangi said...

Mesti best cite lasak2 nice nk tgk awie pegang watak lain plk

Kylie Cre8tone said...

great operation? X ni looks mysterious.. looks like it's a great show... jom jom go watch..

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.