SYARIKAT TERKEMUKA MALAYSIA SYNERGY MARINE MEMBINA KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA

Malaysia bakal mencatatkan satu detik penting dalam industri maritim apabila Synergy Marine (M) Sdn Bhd, jenama terkemuka pengurusan kapal bersepadu telah mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat tempatan, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad (menerusi anak syarikatnya Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia, yang akan merevolusikan sektor maritim di negara ini.


Kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Dan lebih membanggakan lagi Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan.

Synergy Marine akan menggunakan kapal berkenaan bagi memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat Minyak dan Gas global yang bakal mendapat manfaat daripada kapal yang terkenal ini yang bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.

Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zarah terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

“Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir,” kata Dato’ Roslan. MTCMS Design Sdn Bhd

“Selepas kemelesetan ekonomi yang panjang dan kemerosotan harga minyak sejak 2016, ketika ini kami dapat melihat kebanyakan syarikat Minyak dan Gas telah memulakan semula kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran di seluruh dunia. Ini adalah petanda bagus kerana ia menunjukkan bahawa industri maritim dan perkapalan telah berkembang semula. Sehubungan itu, kami telah mengambil langkah seterusnya di dalam perjalanan ini untuk menjadi penyedia Kapal Sokongan Luar Pesisir pilihan bagi menyokong kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran Minyak dan Gas dengan etika perniagaan yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan kami.”

Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter
persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel, kerjasama ini terbukti
menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping
Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalampembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta  kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.”

“Rekod prestasi yang cemerlang di dalam profil mereka itu digabungkan dengan sejarah kami yang
mantap di dalam sektor perkapalan maritim, perjanjian perintis ini membuka peluang yang besar ke
arah revolusi pembangunan kapal berkuasa LNG,” kata Dato’ Roslan.

Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut
kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di
dalam pasaran global.

Tidak sabar untuk saya melihat kapal berkuasa LNG pertama di Malaysia :-)
SYARIKAT TERKEMUKA MALAYSIA SYNERGY MARINE MEMBINA KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 16, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. kapal ni nampak extraordinary.. gonna be very great achievement for marine line, isn't it?

    ReplyDelete
  2. Something new dalam bidang perkapalan kat Malaysia. Good job! Semoga lebih banyak R&D dan innovasi kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. wow this is such a great and big achievement for Malaysia! baguslah adanya kerjasama macam ni, lebih2 lagi nak buat the first thing in Malaysia kan. moga segalanya berjalan lancar buat mereka dan selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  4. Whoa! hebat hebat another big project in the making. hope success la dengan jumlah pelaburan yang banyak and boleh memberi beneficial to others too.

    ReplyDelete
  5. Rasanya dengan adanya kapal ni, lebih banyak project yang based on oil and gas akan dapat dibuat. Betul tak?

    ReplyDelete
  6. Wow syarikat kapal kita tak pernah pergi melawat kat perkilangan yang membuat kapal ni terasa teringin nak tengok macam mana orang buat kapal besar dan juga sangat berkuasa tinggi ni...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Usaha baik untuk promote dan laksanakan kempen Go Green. Btw, kagum sb inovasi terbaru ni yg pertama seumpamanya di Malaysia!

    ReplyDelete
  9. Kapal baru ni nampaknya akan kurangkan pencemaran udara, which is sangat baik. Well, we need to save the world :)

    ReplyDelete
  10. Tetiba rasa bangga seyh bila baca ayat yang pertama di Malaysia. Opkos rasa bangga!
    Big achievement for Malaysia! Moga lepas ni terus sukses dan memberi lebih peluang dan ruang untuk adanya JV dengan pelabur luar dan seterusnya memantapkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  11. Rasa bangga dengan pencapaian negara kita sekrang. Semakin maju dan membangun. Hopefully nama malaysia akan berdiri sama tinggi dengan semua negra maju yg lain. Good job Malaysia. Semoga terus sukses lagi !

    ReplyDelete
  12. Wah , bagus la satu lagi pencapaian untuk negara Malaysia , semoga banyak membantu dalam hal yang berkaitan

    ReplyDelete
  13. Tahniah Malaysia semakin maju dlm biding perkapalan bab bidang ni jrg dlm bisness

    ReplyDelete
  14. Wow, beruntungnya bila dapat tahu dengan lebih dekat tentang pembinaan kapal ni. Hopefully harga minyam dan gas tak melambung disebabkan kos kecanggihan kapal ni nanti.

    ReplyDelete
  15. wah baguslah.. dengan berita ini harap harga minyak dapat dikawal baik...hehee.. salah satu pencapaian yang terbaik untuk Malaysia.. harap kewuujudan kapal yang berkuasa ni mampu memberi manfaat pada semua orang..

    ReplyDelete
  16. another project masuk untuk negara. bagus.. harap dapat berjalan dengan baik dan memberi manfaat pada rakyat. selain itu diharap semoga tak ada kebocoran. hehe

    ReplyDelete
  17. Wahh..yang pertama..menarik tu kak. Maklum la projek-projek macam ni kan menjana pendapatan negara. Moga thn-thn akan dtg ekonomi kita makin pulih..heheh

    ReplyDelete
  18. satu lg project hijau yg definitely bg efek positif bukan sahaja pada kos tapi juga pada kualiti alam sekitar.
    Tak sabar nak tengok hasil ni nanti

    ReplyDelete
  19. wah.. new project ke ni.. moga adanya kapal ni ekonomi semakin pulih bila semakin banyak peluang perniagaan datang melalui industri oil n gas ni..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.