Filem Petta Dibintangi Pelakon Lagenda Rajinikanth Tidak Mengecewakan!


Pelakon Rajinikanth merupakan pelakon lagenda filem tamil yang cukup dikenali sejak dulu lagi.  Dengan susuk badan yang masih tegap biarpun sudah berusia 69 tahun, ternyata figura ini masih mempunyai gaya karismanya yang tersendiri.

Dan saya antara peminatnya  yang cukup bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri lakonan dalam filem terbarunya PETTA. Filem aksi yang berdurasi selama 172 minit sarat dengan elemen kekeluargaan, kasih-sayang dan sedikit suntikan humor menjadikan ianya satu kisah yang cukup menarik dipertontonkan.

Secara ringkas ianya berkisahkan Kaali, seorang warden baru asrama lelaki memiliki keperibadian yang agak misteri dan 'happy-go-lucky', yang disayangi oleh semua orang. Walaupun kehadirannya pada mulanya seperti satu ancaman untuk pelajar kaki buli dan juga penduduk setempat yang suka mengambil kesempatan. Namun dengan aura dan karismanya yang tersendiri menjadikan beliau disenangi dan diterima semua orang. Berlakunya bibit cinta dalam diam, agak romantik juga rupanya keperibadian Kaali. Namun disebalik sifatnya yang sentiasa ceria sebenarnya di jauh lubuk hati beliau menyimpan dendam yang sudah lama tersimpan. Hinggalah satu saatnya perhitungan bermula, segala misteri terungkap. Siapakah Petta, Chinna dan ramai lagi karektor yang muncul tanpa kita disangka.

Memang garapan filem ini memerlukan penonton berfikir setiap hubungan yang berlaku pasti ada berkaitan satu sama lain.

Saya begitu sukakan karektor yang dibawakan oleh Rajinikanth, seorang lelaki yang berusia nampak sangat berutal dan ganas, namun hatinya juga mempunyai perasaan prihatin dan sayang. Sangat 'cool'  penampilannya terutama ketika menggayakan spek mata hitamnya dan juga memperbetulkan kolar baju. Sangat selamba!

Keperibadiannya dalam cerita ini terserlah iaitu membawakan watak seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan boleh dikatakan beliau adalah wira kepada penduduk kampungnya. Ini kerana beliau sentiasa berlawan dan berhadapan dengan mereka yang menindas masyarakat yang tidak bersalah.

Pertemuan dengan Simran, seorang wanita yang cantik dan lembut menjadikan hidup Kaali begitu bahagia.


 Pertemuan dengan Jithu menimbulkan pelbagai konflik kekeluargaan. Siapakah Jithu sebenarnya, adakah beliau adalah Chinna anak Petta yang dikatakan terbunuh didalam letupan?

 Antara dendam lama yang disimpul mati. Pelbagai aksi pertarungan yang menyaksikan kehilangan begitu banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Bagaimana Petta bangkit dan bertemu lelaki yang ingin membunuhnya sejak dulu lagi.



Saksikan trailer filem Petta! Menarik bukan :-)

Filem : Petta
Bahasa : Bahasa Tamil
Sarikata : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Genre : Aksi / Romantis
Tarikh Tayangan: 10 Januari 2019
Durasi: 172 minit
Edaran: Malik Streams Corporation Sdn Bhd
Pelakon: Rajinikanth, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha Krishnan, M.Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha

Bagi saya sendiri filem Petta ini seumpama hadiah buat peminat filem tamil yang sentiasa nantikan kemunculan Rajinikanth di layar perak. Naskhah yang banyak menampilkan adengan aksi yang agak suspen dan mengujakan, dialog humor yang tdak membosankan dan paling penting ianya juga boleh menyuntik rasa sedih dan sayang dengan elemen kekeluargaan yang dipertengahkan.

Jom jumpa Rajinikanth di pawagam!

Comments

Kayathre Kay said…
I just watched this movie two days ago while I was at India. It is indeed a good movie. I had fun watching it. And, Rajnikanth looks stylish as ever with his awesome acting skills. He is a super star for a reason.
Amanda Suria said…
Tengok trailer pun menarik..wah best la ayu dh tengok awal2..SA pun nak tgok tp x de kawan nak temankan..dania mmg x la nak tengok citer tamil..suka lakonan Rajnikhant tu..walau dh hampir 70 tapi masih gagah berlakon kan...
Maha Mahu said…
Memang pelakon vateren ni tak boleh nak dibandingkan dengan mana-mana artis beliau memang dah usia macma ni masih sihat untuk belakon dan menjadi idola ramai orang hehehe kita suka tengok aksi lakonan beliau...
wa looks like I gonna go cinema watch Petta . The actors are pretty and good looking. I always like India movie as their story line is always very special hehe. time to buy tix
Cindyrina Rina said…
Rajni ni memang famous dari zaman I kecik sampai sekarang. Dia tetap hero yang hebat dalam industry perfileman di India. Whoa! ada cerita baru lakonan dia. Memang nak tonton juga.
syiera firdaus said…
Ramai jugak ye peminat rajni ye. Kawan syira pun baru lepas tengok wayang cita Petta ni. Dia pun cakap best. Rasa macam nak pergi tengok jugak ni
Mek Onie said…
Phewwww paling penting Rajinikanth berlakon hoiiii. Hero Tamil paling kesukaan orang ramai ni. Nanti la ada masa kita nak p tengok. :D
Nina Mirza said…
Alamak... Filem Tamil Nina tak berapa minat. Maybe sebab Nina jarang nonton TV. Tapi kalau Anak Lelaki Nina yang no. 2 tuu memang hantu drama ke filem ke asyik dia layan. Tadi tunjuk kat dia, amboi.... Excited dia ajak pegi nonton. HAhaa
Hanny Abdullah said…
Sepatutnya sis gi tengok baru2 ni tapi ada hal lain pulak..rugi sangat tak dapat tengok..dah lah si Rajinikanth tu pujaan hati sis tu.huhuhu.. Tak kira, nanti nak gi tgok gak
Kalau dah rajinikhanth berlakon mesti kompem2 best kan...
Nak ajak suami pi tgk lah... Kihkih.. Dating berdua tengok cita ni ok apa kan
Mrs Liez said…
Hebat la rajanikant ni sebab apa saje filem yang ada lakonan dia memang akan meletop. Dengan umur dia yang dah meningkat sapa sangat masih top lagi. Tgk dia punya trailer pun dah best.. liez klau nak tgk layan online je la.. sbb memang xde yang g tengok sesama
Hero legend ni. Mesti meletop filem ni. Lamanya tak tengok filem tamil. Dulu selalu tengok kat TV je time weekend, hahahaha. Kat cinema tak pernah lagi tengok filem tamil. Kalau best, kena pi tengok la filem ni
JMR said…
kalau lejen filem Tamil jadi hero..memang boleh agak dah pecah pangging filem ni. Akai lak konfem2 grempak giler hehe
Mohamad Faris said…
Alamak my fav hero! Memang nak kene tengok ni. Rajnikan ni kalau belakon mmg superb habis. Dulu semua cerita tmil lakonan die dh abis tonton. heheheh. Tak sabarnya nk tengok. hehehe
Wan Syahida said…
best yek cerita tu....?
Mawardi Yunus said…
Wah ramai kata cerita ni best. macamana ni nak kena pergi tengoklah kalau macam ni. Dah lama tak tengok cerita tamail macam ni hehe
Nampak akk enjoy movie ni! Macam best je. Nnt nak ajak kwn2 pergi tengok skali.
Halimah Muhiden said…
Wah...best dpt pg memonton filem Tamil,jrg nj dpt tgk filem tamil kat cinema Seth,klu hubby tentu suka sbb dia mmg peminat filem Tamil
rubydotmy said…
Filem tamil memang best. Semua maksud tersirat tersurat cepat je mereka balas. Tu yang syok tu. Tambahan pelakon Super Star Rajni. Terbaik sangat filem ni kak.

Popular Posts