Omaiii Comelnya Tsum Tsum X Cathy Doll

Alolololo, omeyyyyynya Tsum Tsum X Cathy Doll ni. Percayalah bila kita tengok karektor Disney ini terus teringatkan zaman kanak-kanak. Al-maklumlah saya memang peminat no.1 karektor-karektor kartun ini. Terutama Mickey dan Minnie, hiks.

Jika dulu semasa kecil kita beli patung karektor Disney ini, untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi yang begitu dekat di hati. Dan kini di usia dewasa, kita masih boleh memiliki koleksi kartun Disney ini tetapi sebagai alat solekan yang kita gunakan hampir setiap hari. Nah! Bukankah itu sesuatu yang begitu mengujakan, dari kecil sehingga dewasa watak kartun animasi Disney tetap mewarnai kehidupan kita :-)


Pssst...jangan tak tahu rangkaian kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian tau!


Antara produk Tsum Tsum X Cathy Dooll ini termasuklah Krim CC, bedak kompak dengan perlindungan SPF 40, Kawalan Minyak Blur Pact, pemerah pipi, pensil kening lembut, penggaris mata Crazy Black, maskara, palet pembayang mata, pemerah bibir dan pipi 2 dalam 1 rona Chiffon Tint dan koktel glos gincu.


Yang menariknya seemua produk ini didatangkan dengan pembungkusan watak popular Disney Tsum Tsum seperti Mickey dan Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Pooh, Piglet, Tigger dan Eeyore dari Winnie the Pooh; Elsa, Anna dan Olaf dari Frozen dan banyak lagi. Semuanya cantik sangat. Geram tengok, huhuhu.

Bersempena dengan pelancaran produk Tsum Tsum x Cathy Doll, Guardian telah menawarkan sesuatu yang istimewa buat pelanggannya. Antaranya adalah seperti hadiah beg tali cerut edisi terhad Tsum Tsum Mickey untuk 100 pelanggan pertama yang berbelanja lebih RM100 untuk produk Disney Tsum Tsum di Atrium Lower Ground Midvalley. Promosi ini adalah sah laku sepanjang waktu tempoh tawaran berlangsung.

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba diikuti dengan sambutan Hari Valentine, kita juga boleh dapatkan produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll untuk dijadikan hadiah
istimewa buat yang tersayang. Lebih mengujakan bermula dari 1 Februari sehingga 28 Februari, 5 unit beg bagasi vintaj edisi terhad Disney Tsum Tsum x Cathy Doll bakal ditawarkan kepada pembeli produk Tsum Tsum yang layak berdasarkan cabutan bertuah.

Untuk mengambil bahagian, para pelanggan hanya perlu membeli produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sebanyak RM150 dan ke atas. Seterusnya layari laman Facebook Guardian Malaysia untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, muat naik resit pembelian, isi butiran peribadi dan jawab satu soalan mudah.

Serius, memang best! Dan pastinya saya akan ke Guardian lagi untuk tambah stok Tsum Tsum x Cathy Doll saya! Jommmm korang sekali.

Comments

sya mimie said…
Huaaaaa.. Comelnyaaa..
Ni kalau nampak depan mata mau rambang mata dibuatnya.
Silap silap boleh terlebih bajet shopping ni. Hihi
Comelnya karakter Tsum Tsum ni macam Karaktor yang cute tapi kartun lama macam Pooh, Chip and Dale, Tigger, Mickey Mouse dan lain2. So comel...
Airah Syahirah said…
arghhhh comelnya semua casing tu ! kalau macam ni memang kena borong semua la. airah dah la suka benda2 comel macam ni buat koleksi
Chris_Sella said…
soooooo cute, kalau budak-budak nampak ni, mesti dorang ingat mainan makeup untuk budak-budak.
Sherry said…
so cute, mmg need go check it out. I like it as they have samples to try on spot so we can know if their products suitable for our skin or not. Yeah lets go Guardian, wanna see full range of it.
Kayathre Kay said…
Looks very cute. Cute stuffs always attract me to buy them.
adianiez AIDA said…
alololo comel nyer!
kalau anak2 dara aida masuk guardian, confirm lah diorang tertarik dgn ni.
aida sejenis suka masuk guardian, watsons. belek itu dan ini.
pe'el menjangkit kat anak2 dara ha ha ha ha ha...
akan consider utk gi guardian weekend ni.
Maha Mahu said…
Wow comelnya semua patung-patung Disney Tsum Tsum X Cathy Doll geramnya sapa nak kasi hadiah kat kita sempena tahun baru cina ini heheheheh best juga kalau dapat kumpul semua mainan ni....
Mrs Liez said…
Nape comel sangat ni.. suka sangat tengok kartun-kartun ni..
Ada jugak nampak dekat guardian tapi tak beli pun sbb takut tak kena pulak..ni dah baca entry ni boleh la g sambar kat guardian nnt.. geram sgt sbb comel
Hanny Abdullah said…
Alahai..comei amat ni, terasa diri cam budak2 je kalu dapat ni. Bleh le nanti dapatkan kat guardian..tapi kalau sis beli ni, sure anak ingat untuk dia..berebut le nanti jawabnya..humm
Julia Mahir said…
Alaaaa nape comey sgt ni. Ni kalau tak minat nak beli mekap pun nak beli sbb comey sgt packaging dia. Haha. Geram betul tgk.
Bonda Chanteq said…
Alamakkkk!!...cute sungguh laaa watak disney kt alatan make up ni....sesuai tuk kanak dan ramaj ni...boleh laaa nanti Bonda belikan untuk anak saudara Bonda....thanks for sharing...
JMR said…
Alahai kita yang bapak-bapak ni pun seronok gak layan karakter Disney. Nak nak bila ada anak pn suka karakter ni. Guardian ada ye. Nak kena bgtahu wife la ni.
Mimi Azirah said…
Eh eh kenapa cute sangat makeup ni. Guna karakter Disney lagi. Strategi marleting yang bagus. Memang cute sangat tau. Masa saya lergi Watsons geram je tengok rasa nak grab je semua tau. Cute sangat. Tapi fikir banyak kali juga nak beli sebab takut anak anak buat main. Hahaha
Tsum Tsum X Cathy Doll collection memang cute and lovely. I wish I could own the whole collection la hahaha. This year let's put on more makeup to look cun ya
ALONG MURNI said…
Wah!! So cute that minnie n Mickey!! Anak2 AM sure love it.. Leh dapati kat guardian gitu..
Rawlins GLAM said…
Alalala - omey sungguh. Macam terpikat pula nak membeli barangan dia sebab comel je. Tak pasal-pasal sebab comel je. Haha
rubydotmy said…
Comel giler kan. Semuanya saya suka. Casing mekap yang paling cun. Macam alat tulis anak-anak saya. Mereka tengok gambar ni, ingat semua tu utk mereka. Sekali buka, blusher la... hahahaha
Henry Tan said…
wow really same like your title.. oh my! haha tsum tsum too cute to ignore, even for adults! haha

Popular Posts