Pra Pelancaran Karnival 3W Peringkat Negeri Selangor


Saya sebenarnya sangat menyokong acara dan aktiviti yang dapat membantu memperkasakan wanita. Apatah hari ini penglibatan wanita menjadi begitu penting terutama dalam pertumbuhan sosio-ekonomi negara. Dengan sokongan daripada pelbagai agensi termasuklah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menganjurkan pelbagai kempen dan aktiviti secara tidak langsung dapat memberi banyak manfaat terutama kepada golongan wanita.

Satu program iaitu Karnival 3W  (Women, Welfare & Wellness) telah dilancarkan di peringkat Negeri Selangor. Ianya adalah julung-julung kalinya dianjurkan dibawah gabungan 3 portfolio utama dibawah seliaan Jawatankuasa Tetap YB Dr. Siti Mariah Mahmud yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

Apa yang menarik, karnival ini akan melibatkan 12 PBT di Selangor dan ianya akan dijalankan mengikut siri jelajah di daerah PBT seperti yang dirancangkan. Ianya akan bermula pada 10 Februari 2019 yang bertemakan Sambutan Hari Kanser Sedunia dan bakal diadakan di Padang Majlis Perbandaran MPAJ Pandan Indah. Saya difahamkan pelbagai aktiviti disediakan yang bermula seawal pagi sehingga malam. Antaranya seperti Program 10 Ribu Langkah. Pertandingan Slim Selangor dan Forum Sihat Selangor yang akan dianjurkan pada sebelah pagi. Manakala untuk waktu petang akan diadakan pelbagai pertandingan untuk setiap kumpulan sasar iaitu wanita, warna emas, OKU dan kanak-kanak. Kemuncak program adalah di sebelah malam, di mana kemunculan selebriti tanahair, majlis penyampaian hadiah serta dianjurkan juga program pemberdayaan untuk kaum lelaki.

 Selain daripada Pihak Berkuasa Tempata (PBT), turut terlibat di dalam perlaksanaan Karnival 3W ini ialah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor, Majlis Tindakan OKU Selangor, Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) dan ramai lagi.

Secara ringas, perancangan Karnival 3W akan dijalankan seperti berikut :-

Terdapat 12 program yang bakal dijalankan selama 10 bulan iaitu bermula dari bulan Februari 2019 sehingga 30 November 2019. Dan setiap program yang dijalankan adalah mengikut tema-tema sambutan yang diadakan pada setiap bulan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan program Karnival 3W boleh layari, https://www.facebook.com/selangor3w/ . Segala aktiviti terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi membolehkan masyarakat setempat mengetahui lebih lanjut tentang Karnival 3W.

Moga dengan berlangsungnya Karnival 3W dapat menjadi platform terbaik untuk para pimpinan Kerajaan Negeri bertemu dengan rakyat (masyarakat setempat). Secara tidak langsung setiap pemasalahan dalam masyarakat terutamanya wanita boleh didekati dan dicari solusi. Ini adalah salah satu usaha membantu serta memartabatkan kaum wanita dalam pembangunan negeri mencakupi segala aspek termasuklah sosial, ekonomi dan kekeluargaan.

Jom korang sertai Karnival 3W!

Comments

el said…
bestnya kalau dapat join event macam ni lagi2 melibatkan kaum wanita..mcm2 aktiviti ada ye..semoga event macam ini memberi manafaat pada kaum wanita
Murni Alysa said…
ya best event mcm ni. Kalau ada kat sini memang takkan lepaskan peluang utk pergi sebab banyak manafaat kepada wanita..
Slumber Lady said…
Wah! Menariknya 3w ni. Kalau ada kesempatan nak join event2 mcm ni. Semuanya seperti yang tertera dk takwim ya?
I don't know of this until I read your blog post here, I been busy in and out for kids yeah parenting not easy. Tuition and eldest also different time and location of schooling now. Now you shared this info, I can let my friends to know too.

www.mymumbest.com
CXopportunities said…
Bagus event macam ni dibuat dan diadakan. Akan adanya kesedaran tentang kewujudan kebajikan kepada yang memerlukan seperti oku dan oesakit kanser. Sangat digalakkan join aktiviti² event ni. Dapat meningkatkan sifat simpati dan membantu sesama kita
mommyirra said…
Saya pon menyokong program yang memperkasakan wanita. Moga segala perancangan berjalan dengan lancar. Hope dapat turut serta juga
Kayathre Kay said…
Very interesting and useful campaign. More campaigns like this should be held in future.
Fadzi Razak said…
Saya suka betul bila ada program program macam ni nak nak lagi bila libatkan dan fokus dengan wanita. kite yang perempuan ni rasa macam appreciated sikit la kan.
Zharif Azis said…
Wahhh baguslah ada perkongsian sebegini. Sangat bagus untuk memperkasakan dan meningkatkan martabat dan role wanita dalam masyarakat dan juga negara. Program mcm nie sepatut diperbanyakkan lagi
iffah hussin said…
Wahh baguslah ada event macam ni... tengok jadual tu memang baguslah.. semua PBT join, kita tercari-cari MPSepang he he he tak nampak pulak kalau ada nak join event yang diadakan nanti
Julia Mahir said…
Woman, welfare and wellness. Tiga tiga mmg perkara yg kita kena ambik berat kan. Lagi2 sebagai wanita (and mak ni), welfare & wellness bkn diri sendiri je, tapi satu family.
Bonda Chanteq said…
Aktiviti yg baik utk golongan wanita...sekurang2nya wanita punyai sesuatu utk dilakukan dari terperapnje kt rumah...moga ada bnyak lagi aktiviti2 bermanfaat mcm ni boleh di lakukan..
Mek Onie said…
OMG! Actually onie sangat berbangga dengan Karnival 3W ini. Pencetus idea sebenarnya adalah my bos di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Program 10 ribu langkah dan Slim Selangor itu juga antara program yang onie jaga masa kerja di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Dan langkah ini telah diambil dan dipersetujui beberapa pihak untuk mengadakan Karnival ini. Ya! Im one of the person yang turut sama-sama handle karnival slim selangor dan ya, onie happy bila SUK Selangor nampak apa yang my bos buat juga. Moga dengan karnival 3W ini, ramai yang melibatkan diri semasa karnival dijalankan pada tahun ini :)

syiera firdaus said…
Banyaknya aktiviti yang dijalankan. Syira tertarik dengan Hari penyusuan. Syira suka tambah ilmu mengenai isu ini. Best kalau dapat join event macam ni
Hanny Abdullah said…
Bagus jugak ada program sebegini untuk wanita. Sekurang nya ada lah tempat wanita bersuara atau memberitahu masalah2 yang dhadapai oleh kaum wanita, sekurang2nya nasib wanita ni terbela
Lia Hasty said…
Wah banyak program untuk wanita yer sekarang. Memang martabat wanita semakin dipandang tinggi. Semoga program ini sentiasa diteruskan dan terus mendapat sambutan.
Inisiatif yang baik untuk masyarakat komuniti. Harap dapat memanfaatkan semua orang. Keep it up! 3W | Women | Welfare | Wellness !
sya mimie said…
Bestnya kalau dapat turut serta dalam program macam ni.
Bagi membuka mata, membuka minda buat kita semua juga kan..
Disamping mendapat ilmu yang penting..
Syafiera Yamin said…
wah menarik karnival 3w NI BUKAN sahaja membantu para wanita malahan dapat membentuk komuniti yang sihat dan melahirkan para wanita yang berkaliber... program macam ni akan membawa para wanita di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.. harap dapat join program macam ni in the future..
danan wahyu said…
program yang snagat menarik bagi wanita , beruntung bisa join

Popular Posts