SAFI Micellar Natural Cleansing Water, Memang Best!

Selamat Tahun Baru Cina korang!! Cuti-cuti ni memang bestkan. Ada yag yang balik kampung, berjalan sakan.Tapi saya memilih untuk duduk dan menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sahaja.

Sebenarnya saya nak kongsikan satu produk SAFI terbaru iaitu SAFI Micellar Natural Cleansing Water. Ianya rangkaian pembersih solekan yang diperkaya dengan manfaat 100% bahan aktif semulajadi dan tidak memedihkan mata seperti pembersih solekan micellar yang lain. Paling best ianya juga sesuai digunakan untuk menanggalkan solekan bahagian mata yang sensitif dengan berkesan.

Terdapat 3 variasi pilihan iaitu Neem, Ros dan Timun. Paling penting pembersih Solekan SAFI Micellar didatangkan dengan formulasi "mesra kulit" ini diuji secara dermatologi. Ianya juga Bebas dari paraben, SLE / SLS , pewarna, alkohol dan minyak mineral. Produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water ini juga diperakui Halal Oleh JAKIM  dan sesuai untuk semua jenis kulit, memenuhi keperluan khusus kulit sensitif

Rose - sesai untuk jenis normal dan kombinasi. Ada bauan bunga ros yang sangat wangi.

Neem - Ianya juga dikenali sebagai daun semambu. Dan kalau kita lihat kebaikan 'neem' sebenarnya ianya mampu mewawat luka dan juga mempunyai khasiat semulajadi yang dapat melawan bakteria. Untuk mereka yang kulit berjerawat dan berminyak sesuai menggunakan produk ini.

Timun - Memang menyejukkan. Terasa kesegaran semulajadi menggunakan produk ini. Sesuai untuk kulit biasa dan lembut/halus.

Saya sendiri telah mencubanya, dengan menghilangkan kesan solekan di muka. Memang best dan sekejap jer masa yang diperlukan untuk membersih secara menyeluruh. 

Contohnya kesan sapuan lipstik di tangan. Jenis lipstik yang pemakaiannya "long-lasting" ya.

Letakkan sedikit saha di bahagian solekan tersebut.

Jika diperhatiksn betul-betul. Kesan solekan memang mudah ditanggal. Secara tidak langsung kita boleh membersih solekan dengan satu sapuan tanpa perlu membilas.

Sapu rata. Siap. Bersihkan :-)

Best giler, hiks

Korang boleh dapatkan pembersih solekan SAFI Micellar Natural Cleansing Water di pasaran pada harga RM17.25 bagi botol bersaiz (200ml).

 Jom sama-sama transformasi kulit yang sihat bersih dari sisa solekan dengan rutin penjagaan kulit muka yang berkesan. :-)

Comments

Amni said…
nak cuba tapi banyak lagi makeup remover lain dkt rumah tak habis lagi hahaha
tapi mmg suka produk safi.
alaaa macam mana ni hahaa
Amanda Suria said…
Makeup remover SA banyak lagi kat rumah..nanti dah habis boleh la SA beli yang ni...dengarnya micellar safi ni bagus dan ramai dah satisfied...packaging pun menarik..
Rawlins GLAM said…
Harganya pun mesra bank akaun sangat tau. Kalau memang bagus, boleh la Rawlins nak tinjau-tinjau untuk next pembelian kan.
Annur Syuhadah said…
Pernah cuba micellar cleanser water brand lain. Tapi macam tak sebagus oil cleanser lah kesannya dalam menanggalkan kotoran dan makeup waterproof.
Tapi bila bagi kat adik, dia kata ok je dengan kulit dia. ahaks. Siap nak repurchase lagi
Halimah Muhiden said…
Kat blm tray lagi produk ni lgpun jrg guna sbb ada lg tgh guna
Chris_Sella said…
Wahh ada safi baru.. Time Guardian buat Sale haritu, tak jumpa pula. Kalau tak, boleh try.
JMR said…
SAFI, jenama lejen ni..nampak gak wife ada guna product ni. Tapi tak pasti lak utk apa..hehe..
Julia Mahir said…
Kalau produk yg bebas dari paraben, SLE / SLS mmg automatik masuk list boleh pakai. Hehe. Wahh ada neem ye. Baru betul dr Safi ni ye.
Zharif Azis said…
Wahhh satu lagi cleanser yg bagus untuk menanggalkan nake up dan penjagaan kulit. Sekali calit dah hilang. Saiz botol pon mesra travel. Harga pon berpatutan. Bolehlah bertukar kpd safi
Bonda Chanteq said…
Nak belilah produk ni....payah benau nk dpt cleanser yg sesuai dgn kulit muka bonda ni...last2 pakai baby oil je...hahahaha...kulit ni plak semsotive sgt xleh sembarangan produk...cpt sgt naik pedih dan gatal2...harap safi ni boleh selesaikan maslaah bonda.
Mimi Azirah said…
Wah best. Safi dah keluarkan produk makeup remover pulak. Nanti makeup remover sedia ada dah habis saya try beli ni pulak. Tengok kesannya pun mekap mudah tanggal.
CXopportunities said…
Terbaik ni. Boleh cubalah. Banyak juga lalu lalang pasak safi micellar ni dekat wall. Rupanya mmg bagus. Cx baca review pon rata² kata bagus. Barulah kita tak was² ntk berwuduk. Boleh bersihkan menggunakan safi micellar ni. Puas hati bila bersih
Kayathre Kay said…
Looking good. Will give a try once my current makeup remover finishes. I just bought a new one.
Sunshine Kelly said…
Wow! best Safi juga ada Micellar Cleansing Water sendiri, I memang guna makeup cleanser jenis ini. Ia lembut and bersih.

Popular Posts