Starbucks Memperkenalkan Minuman Baru Bersempena Dengan Musim Bunga

Starbucks Malaysia memperkenalkan dua minuman baru untuk waktu terhad iaitu Match Azuki Blossom Crème Frappuccino® dan Azuki Blossom Crème Frappuccino® . Ianya merupakan minuman campuran yang menggabungkan dua cita rasa yang paling disukai di Asia iaitu Matcha dan Azuki (kacang merah). Tidak dilupakan juga dengan Caramel Macchiato yang diberi nafas baru campuran susu badam Bersama susu kelapa. Dan minuman ini telah ditawarkan di semua cawangan Starbucks bermula dari 26 Mac 2019.



Azuki Blossom Crème Frappuccino®
Pencinta Frappuccino® pasti menggemarinya. Dengan susu berkrim dicampur dengan ais dan kacang merah yang sememangnya berkhasiat dan enak. Di bahagian topping diletakkan Azuki dan krim putar (whipped cream). Selain itu ditaburi juga kelopak blossom putih serta pink dan kranberi tart,.

Matcha Azuki Blossom Crème Frappuccino®
Ini pula khas untuk peminat minuman matcha, mereka perlu mencuba Matcha Azuki Blossom Crème Frappuccino. Dengan rasa berkrm matcha digabungkan Bersama rasa kacang merahmmemang enak. Apatah lagi di bahagian topping  diletakkan bertih beras pink dan putih serta cebisan kranberi Bersama krim putar (whipped cream).


Caramel Macchiato (dengan Susu Almond atau Susu Kelapa)
Gabungan karamel dengan Macchiato yang mana menggunakan susu yang dikukus dan ditambahkan bersama espresso yang mewah rasanya. Seterusnya dimasukkan dengan caramel yang memberikan rasa sedang elok dan sempurna. Bagi saya penangan rasa susu badam digabungkan susu kelapa a.k.a santan memberikan rasa yang cukup berbeza. Caramel Macchiato boleh didapati samada minuman panas mahupun sejuk.

Jom rasai sendiri klasik Caramel Macchiato yang dijual pada harga RM15.50. Untuk Matcha Azuki Blossom Crème Frappuccino® dan Azuki Blossom Crème Frappuccino® dijual pada harga RM17.50.

Jangan lupa untuk dapatkan produk esklusif barangan Starbucks yang memperkenalkan rekaan bunga  yang sangat cantek dan klasik.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my

Comments

Popular Posts