Karnival Amal "Little Hands, Big Hearts" Anjuran Pra Sekolah Beaconhouse 2019

Karnival Amal Beaconhouse 2019 bertemakan "Little Hands, Big Hearts" telah berlangsung dengan meriah dan sukses pada hari Sabtu 27 April 2019 baru-baru ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Selain itu terdapat juga jualan amal di mana kita boleh sumbangkan melalui pembelian kupon untuk menukarkan kepada makanan, bermain aktiviti di booth dan pelbagai lagi.

Kempen "Little Hands, Big Hearst" ini adalah gabungan daripada 8 buah Pra-Sekolah Beaconhouse di sekitar Lembah Klang Malaysia yang mana hasil kutipannya akan disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan WWF.

Nampak tak! Anak-anak sudah bersedia membuat persembahan pembukaan ketika majlis pelancaran karnival. Memang bersemangat mereka membuat persembahan, antaranya adalah menari mengikut rentak lagu K-Pop Blackpink :-)

Bagi saya sendiri, melihat kepada kesungguhan penglibatan antara guru, ibubapa dan pelajar-pelajar di sini dalam menjayakan karnival memang terbaik. Sepertimana yang dikatakan oleh Mr Mikel Liow (Senior Manager Early Years Education Beaconhouse), karnival ini juga sebenarnya bertujuan mendidik pelajar untuk memberi sumbangan kembali kepada masyarakat dan persekitaran.

Di kawasan kantin dijual pelbagai jenis hidangan antarabangsa yang enak-enak. Kita boleh dapatkan nuggets, nasi lemak, yong tau fu, rojak buah dan pelbagai lagi.

Macam-macam hidangan boleh dicuba. Dan ini adalah salah satu booth feveret anak-anak saya :-)

Bukan hanya bertumpu kepada makanan dan minuman sahaja, terdapat juga booth berunsurkan pendidikan yang mampu menarik minat anak-anak untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru,

Setiap booth ada kelainannya. Dan pastinya anak-anak akan teruja untuk pergi setiap booth untuk membuat aktiviti yang disediakan.

Ada cabutan bertuah juga tau!

Bersungguh-sungguh anak saya menyertai aktiviti di sini. Ada pelbagai booth permainan yang kita boleh pilih dan cuba. Bagi setiap tugasan yang berjaya kita akan mendapat cop dari booth tersebut.

See! Cop yang berjaya kami kumpulkan Heheh.

Boleh tebus pelbagai jenis barangan di sini. Semuanya menarik tau!

Tada!!! 3 barangan pilihan anak-anak berjaya ditebus.Hasil kegigihan mereka beraktiviti dan bermain di booth-booth yang ada di karnival.

Syabas dan tahniah Beaconhouse! Terutama kepada guru, ibubapa dan pelajar yang sama-sama berganding bahu menjayakan projek karnival amal untuk tahun 2019. "Little Hands, Big Hearts" perumpamaan yang menggambarkan biarpun usahanya dari tangan yang kecil namun ianya dapat dilaksankan dengan hati yang sangat besar. Ikhlas dan komited dalam usaha membantu mereka yang memerlukan seperti pesakit kanser dan haiwan dibawah pemerhatian WWF.

Moga karnival seperti ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang :-)
Karnival Amal "Little Hands, Big Hearts" Anjuran Pra Sekolah Beaconhouse 2019 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 29, 2019 Rating: 5

20 comments:

CXopportunities said...

Bagus sangat event macam ni. Memupuk kesedaran kepada anak², ibu bapa dan masyarakat. Pesakit kanser memang memerlukan sokongan daripada semua ntk melawan sakit mereka. Bagis para guru yg menjayakan program ini dengan gabungan 8 sekolah. Aktiviti pon menarik. Redemption chop tu best kumpul. Hehhee

Sizzling Suzai said...

hahah kak mmg gigih kumpul stamp tu kak byk! rajin la hai tp mmg bdk2 suka buat bnde2 ni hehe i kn sllau jg teman ank2 buah i tu hehe

Zharif Azis said...

bestnya aktiviti macam nie Kak Ayu. mesti budak-budak tu lagi suka dan seronok. seronok kumpul2 cop macam tu. nak banyak cop kena usaha. hadiah lucky draw dia pon boleh tahan ya. nak joinlah next time. nak bawak anak buah

el said...

wahh menarik sgt even ni..sambil2 tu boleh menderma..anak2 sukalah aktiviti mcm ni..ada makan2..ada kreativiti..yg telur tu so cute..ada tanaman dlm tu ye..hihi seronoklah event ni happening sgt

AzianKhalil said...

Banyaknya aktiviti....hebat betul guru dan ibu bapa yang terlibat.

khai artzfar said...

wah bagusnya join event2 macam ni! berguna utk anak didik kelak. sambil berbakti gitu.comel-comelnya dorang alahai teringat zaman mengajar dlu

cindyrina said...

Bagus ada pendedahan macam ni since small. Bagus they all buat event camni . Very interactive and educational for kids. Yang best dapat makan street food.

Qaseh Dalia said...

Bagus kempen2 macam ni , memupuk kesedaran dan membantu yg mwmerlukan

Hizami Li said...

wah hati rasa gembira tengok karnival dan program amal seperti ini. seperti bak kata pepatah, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. semoga anak anak yang menghidap kanser akan diberikan kesembuhan dan seterusnya kesihatan yang berpanjangan.

Rozita Ceritaita said...

bebudak memang gigih sangat la benda aktiviti mcm ni.. lelagi yang dapat hadiah.. tq share.. lain kali kami nak join jugak!

Fadzi Razak said...

Best pulak bawak budak budak main dekat karnival macam ni. yang hadiah tu macam tak kisah sangat la kan. yang tang buat aktiviti dengan anak anak tu yang best. siap main main dapat cop semua tu

Nina Mirza said...

Best nya program sebegini. Kita suka pegi terutama bila melibatkan anak-anak. Depa seronok sakan join event macam ni. Sambil tu kesedaran tentang kanser akan memberi pendedahan buat anak-anak. Sambil main, belajar dan explore benda baru. Cop cop fun seyhhh... Sapa rajin cepat penuh!

Kayathre said...

Bagus ada program macam ini. Create awareness among kids. My nephews studying at beaconhouse too.

Syamimi Saad said...

Waaaah.. Bestnyaaaa..
Meriah sungguh.. Siap ada cabutan bertuah lagi.
Tu yang buat lagi syok join tu..
Kalau ada event macam ni kat sini, teringin nak turut sama..

Slumber Lady said...

Bagusnya event macam ni. Bagi pendedahan pada masyarakat dan anak-anak. Dapat kita saling tolong menolong sambil bergembira.

Tengkubutang said...

Bagusnya ada program macam ni.. karnival yang bertujuan untuk mengutip derma untuk disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan WWF.

Thirteen said...

Comeyyyy nyaaa bebudak tuuu. Suka tengok bebudak aktif ikut aktiviti amal macam ni. Kena lah pupuk dari kecik kan.

Cik Min said...

Bagus la bila anak anak dipupuk dari awal dengan aktiviti aktiviti sebegini kan? Atleast bila dah besar anak2 akan lebih prihatin

penaberkala said...

Seronoknya event macam ni. Bukan anak anak je happy, parents pun boleh join Happy, hahahaha. Terbaiklah kumpul stamps then dapat tebus hadiah. Meriah nampak. Event macam ni best sebab dapat expose anak anak dengan aktiviti luar

Hanny Abdullh said...

Seronok karnival cam ni..anak2 happy kita pun happy tgok diorg happy. Dalam mas yg sama dpt beri kesedaran dlm diri anak2 dlm kerja2 amal cam ni

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.