Cabaran Memasak California Raisins Raya Rasa Sayang

Ya ampun!!! Sudah lama rupanya cabaran ini telah berlangsung. Terlupa langsung nak hapdet, hakhak. Btw, ini adalah antara cabaran memasak yang saya sertai last minute dan ohsem. Sebabnya perancangan dalam masa yang sangat singkat terutama bersama ahli kumpulan tetapi tetap berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kesepakatan ahli kumpulan Abanjers yang terdiri daripada Ruby, Zharief dan saya sendiri. Hehe.

Seramai 24 bloggers yang terdiri daripada 8 kumpulan semuanya telah bertarung untuk menghasilkan hidangan kreatif menggunakan Kismis California sebagai bahan utama masakan. Bertemakan "Raya Rasa Sayang" cabaran ini adalah antara lain untuk membangkitkan suasana mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. Sekaligus  menunjukkan bahawa Kismis California ini bukan sahaja berkhasiat malah ia juga cukup sesuai dijadikan bahan utama dalam sajian makanan yang enak pada hari lebaran.


Sepertimana yang kita sedia maklum, kismis merupakan makanan yang tinggi khasiatnya. Menariknya kismis yang dikeringkan di bawah sinar matahari di California ini mempunyai rasa manis semulajadi. Secara tidak langsung dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat.

 Masa yang diberikan adalah 1 jam sahaja. Kami telah bercadang untuk menghasilkan satu hidangan yang dinamakan "Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Penuh Kemaafan". Resepi mudah sahaja, cuma yang menariknya kami menggunakan kismis California yang direndam dan dikisar bagi menggantikan penggunaan gula merah dan asam. Ternyata pencaturan kami berjaya, kerana hasil hidangan memang sedap (puji diri sendiri, hehehe).

Sebenarnya banyak juga cabaran yang kami lalui sepanjang memasak. Antaranya ayam, masih dalam keadaan beku walaupun telah diletakkan dalam suhu bilik sejak awal pagi lagi. Ini menyukarkan kerja-kerja pemotongan ayam mengikut bentuk yang cantik. Selain itu, pengawalan bahan untuk memasak dalam kuantiti sedikit agak sukar bagi saya. Ini kerana saya sudah biasa memasak dalam kuantiti yang banyak. Namun semuanya dapat diatasi dengan lancar berkat kesabaran dan juga sebenarnya lebih kepada niat kami untuk seronok-seronok mencabar diri bersaing secara sihat bersama rakan blogger yang lain.

 Tada!!!! Hasil masakan yang berjaya disiapkan. Mujur ada pinggan dari Ruby. Nampak menyerlah sedikit rupa hidangan, hakhak.

 Sesi membijak di depan panel hakim. Hahaha. Tapi apa yang kami sampaikan itulah yang sepertimana yang dirancangkan. Sebab tema khas untuk kumpulan kami adalah "kemaafan". Jadi kami kaitkan tentang simboliknya hidangan itu dari segi rasa dan bagaimana rasa manis kismis itu menyatukan semua kepada kemaafan yang terindah. Fewittt.

 Rasa nak terkucil jer masa suruh para panel hakim merasa masakan. Ya ampunnn..Sebabnya asyik terfikir tekak dah rasa OK bagaimana dengan rasa tekak orang lain kan, hehe.

 Antara hidangan yang disediakan oleh peserta lain seperti gambar di bawah:-








Ke semua 8 hidangan yang dipertaruhkan memang menarik dan sedap-sedap. Memang agak sukar juga buat juri untuk membuat pemilihan pemenang sebenarnya.

Di kala menunggu keputusan daripada panel juri, kami sempat belajar beberapa resepi mudah daripada Chef Selebriti Ili Sulaiman. Antaranya ialah resepi "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California" yang menggunakan kismis California. Chef Ili turut berkongsi beberapa tips dalam penyediaan hidangan yang enak dan mudah.

 Orang kata "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu"...dan kami sebenarnya tidak menjangkan hidangan yang dipertaruhkan berjaya mendapat tempat kedua. Sesuatu yang sangat bermakna dan indah pada kumpulan Abanjers, biarpun di saat akhir memilih untuk menyertai pertandingan dan akhirnya ada rezeki terselit.

Bersama pemenang utama yang lain. Tahniah diucapkan.

Namun secara peribadi duka saya katakan semua peserta yang menyertai memang hebat masakan mereka. Rasanya untuk menempuh 1 jam menyiapkan segala masakan berasaskan kismis California memerlukan semangat juang yang tinggi jua, hikhik.

Dan pastinya kismis California sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Untuk maklumat dan ingin mengetahui pelbagai resepi California Raisins, boleh hubungi www.calraisins.org atau www.caraisins.com dan jangan lupa untuk follow Facebook @RACAsean

Comments

atie adnan said…
biasanya kismis saya makan macam tu je.. hee~ tak sangka boleh masak plebagai resepi..
Sizzling Suzai said…
wahhh hebat kak! menang tu! mesti sedap omg kalau la dpt rasa hahaha pose plak tgk ni har, btw klu bg kismis mmg terpkir nk msk nasi myk je lahhh hahhaa
Rawlins GLAM said…
Pertandingan memasak memang makanan Ayu kan.
Kalau Rawlins, memang menangis taktau nak buat apa.
And yes, pinggan tu cantik sungguh la.
Qeela said…
woww congrats tauu berjaya menang pertandinrgan memasak dengan California Raisins nii! terror la tu dh mcm tgk masterchef pulak hehe kalau qeela tah cmnelaa nk kene masak smbil orang perati dgn pressure masa lagi haha. anyway nmpk sedap2 hidangan semua & cantik betul pinggan Kak Ruby tuu seronok pulak tgk haha. Qeela suka jugak raisins nii selain prune, seronok buat mengunyah jugak kan. Anyway congrats again!
Hasif Hamsyari said…
Wahh! Tahniah dapat tempat kedua! Tapi nama resipi tu memang unik betul - "Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Penuh Kemaafan".Haha. Nanti bolehlah share resipi masakan ni pula!
Farhana Jafri said…
wahhhh hebatnya jadi juara! Nama masakan pun unik! Kalau masuk ni conform mati kutu nak masak apa dalam masa sejam. Dengan limited bahan lagi, boleh menangis jadinya.
Lin Liena said…
wahhh..kreatifnya nama masakan...nampak sedap dan lain dari yang lain...kalau kita mesti panik tak tau nak masak apa..hehe..btw,tahniah sis
Menjadi satu pengalaman yang berharga kan.. hehe
Hanny Abdullh said…
Tahniah ayu, rezeki berpihak pada ayu n the geng. Kami tak dak nasib..huhuhu. Next year nak cuba lagi lah, seronok pulak masuk tanding masak-masak ni
miedaJaz said…
Bestlah tengok ayu memasak..menang pulak tue..next year kalau ada peluang bole mencuba nie.
Dik Bee said…
Hebat group Abenjers.. ingat boleh selamatkan dunia je, rupanya pandai masak juga. hehe... apapun tahniah kak dapat tempat kedua. 1 jam masa nak masak kalau ikutkan cukup je tapi sebab nebes punya pasal, kelam kabut jugak.. haha
AlongMurni said…
Nampak menarik n sedap.. No Wonder la jadi pilihan juri. Tahniah kak ayu.. Teringin gak nak rasa masakan akak nnti..
Masakan makanan Raisin yang sedap dan berkhasiat. Mouse mommy pun nak belajar resipi masakan yang berkaitan dengan kismis jugak.
Ya Allah akak, satu pengalaman bermakna. Dah lama tak join pertandingan. Hehehe. Terima kasih sudi jadi team mates Abanjers. Saya sangat bersyukur ada Zharif dan Kak Ayu. Terima kasih banyak-banyak.
Zharif Azis said…
tahniah buat para pememnang ! satu pengalaman yg tak dapat dilupakan bergandingan bersama dengan jaguh masakan seperti kak ayu dan kak ruby. memang rezeki betul masa tu. tahun depan nak join lagi lah
Kayathre said…
Bestnye aktiviti memasak. Saya tak pernah lagi gunakan raisin dalam masakan saya. Boleh try after this.
Mawardi Yunus said…
Bestnya sis. Tahniah untuk para pemenang. Sangat kreatif ya dengan masakan masing2
dr-Life said…
Until today I still love their raisins. Never stop using it when I'm baking my energy bar.

Popular Posts