PROMOSI BUFFET RAMADHAN di Kuala Lumpur International Hotel|Limpahan Lautan@Toppot Cafe

Seronoknya bila dapat berbuka dengan keluarga tercinta. Apatah lagi di kafe hotel yang menawarkan hidangan 100% HALAL dan memenuhi citarasa seisi keluarga. Antara lokasi berbuka puasa yang saya boleh rekomenkan adalah di Toppot Cafe Kuala Lumpur International Hotel. 

Toppot Cafe yang terletak di tingkat 4 di Kuala Lumpur International Hotel. Keluasan tempat agak sederhana namun saya tetap suka dengan cara susunan kerusi dan meja yang membolehkan tetami bergerak selesa.

Terdapat pelbagai jenis pilihan meja namun ianya bergantung bilangan ahli tetamu dan akan ditempatkan mengikut kesesuaian bilangan serta bergantung kepada 'availability'.

Dengan membawa tema Limpahan Lautan yang merangkumi Masakan Kampung Sejati dan warung ‘shellout’ sememangnya menyajikan sesuatu yang istimewa terutama buat mereka yang cintakan hidangan 'seafood'. 

Antara hidangan yang sentiasa menjadi tarikan adalah 'shell out".

Dan untuk 'Shell Out' disini ditawarkan 2 jenis kuah/sos. Samada suka yang pedas mahupun berkrim (creamy).


Ikan bakar memang sentiasa menjadi pujaan hati, heheheh :-)

Tidak dinafikan barisan sajian bufet Ramadhan disini ada menawarkan pelbagai masakan tradisi melayu yang kita boleh katakan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'  yang sentiasa mendapat permintaan dikalangan masyarakat Malaysia. Antaranya seperti sambal udang, gulai nenas masak bersam ikan kering, rendang daging, rendang ayam dam pelbagai lagi.





 Semua nampak enak!!

Terdapat juga beberapa sudut 'live cooking' menjanjikan keenakan keaslian masakan ibunda termasuklah deretan aneka Kerabu & Sambal, beberapa aneka Sup, roti jala, rojak buah, Bubur Lambuk, Goreng-gorengan Panas dan banyak lagi.

 Kerabu

Sambal

 Ikan bilis goreng, ayam goreng, ikan kering dan pelbagai lagi

Nasi ayam hainan

Pisang goreng, keledek goreng dan keropok lekor. Digoreng panas-panas.

Ada waffle juga. Memang port feveret anak-anak.

Kuah dal dan kari untuk dinikmati bersama murtabak, roti canai dan roti jala.

Gado-Gado

Rojak Buah

Pelbagai jenis bubur.

Kuih-muih :-)

Kudapan tradisi dan jeruk

Minuman panas dan sejuk

Pelbagai insentif dan promosi ditawarkan bagi memeriahkan promosi tahun ini seperti Promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej berkumpulan, pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Pra-bayar dan Set Pakej Katering 'Take- Away’. Untuk mendapat keterangan lanjut tentang promosi ini, boleh berhubung dengan Puan Sharifah Sharina Wafa, Pengurus Jualan & Pemasaran ditalian 019 2772882 atau layari www.klitel.com.my. 

Disamping itu, pihak hotel juga menyediakan Moreh secara percuma setiap hari kepada para jemaah yang menunaikan Sembahyang Terawikh di surau hotel. Bagi kemudahan pelanggan, pihak hotel juga ada menganjurkan sembahyang Maghrib, Isyak and Tarawikh secara berjemaah di surau yang akan dipimpin oleh Imam Bertauliah yang dijemput khas. 

Ketika berada di sini saya juga berkesempatan mendengar bacaan ayat suci al-quran dari ustaz yang dijemput khas oleh pihak hotel.

Disamping itu, terdapat jua persembahan solo dari artis veteran ‘Roy- Ratnaku’ setiap hari Selasa dan Rabu bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam.

Jom berbuka di Toppot Cafe, Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel! Sajian Buffet Ramadhan yang bermula pada 10 Mei sehingga 2 Jun 2019, ditawarkan setiap hari dari jam 6.30 petang sehingga 9.00 malam. Kadar harga untuk dewasa adalah RM 69.00 dan RM 34.50 untuk kanak –kanak yang berusia 4-12 tahun (termasuk 6% SST ).

Psst! Untuk warga emas dan penginap (tetamu) hotel akan diberikan diskaun sebanyak 50% daripada harga buffet yang ditawarkan.

Kaunter Zakat Fitrah juga ada dibuka di lobi hotel bermula pada 20 Mei – 02 Jun 2019 dan sudut pameran yang dikendalikan oleh pegawai PPZ dari 20-25 Mei 2019.


Mehler berbuka disini!

Comments

Lin Liena said…
automatik perut berkeroncong tengok menu2 kt atas tuuuu...sedap2 nampaknya menu tu semua,kita masih tak berpeluang nak ke buffet ramadhan..tgh usha2 harga yang berpatutan..tq awak share harga kat sini...
Hasif Hamsyari said…
Aduh baca tengah hari macam ni memang lekas je buat perut berkeroncong. Haha. Nampak banyak sangat pilihan makanan sedap-sedap tu - boleh rambang mata kalau saya ada kat situ. Yang penting berbaloi dan puas hati!
Farhana Jafri said…
Suka tengok menu dia nak pula aneka pilihan sambal tu. Memang berbaloi dengan harga nak pula ada disediakan ruang solat untuk solat berjemaah dengan terawih sekali. Tak perlu bergesa
Sizzling Suzai said…
Wah lauk die nmpk menarik hahaha especially keli bakar la tu mmg feveret sy selaanya!!! Siap ada terawikh Alhamdulillah :)
khai artzfar said…
hrmm tengok macam biasa-biasa je. tapi orang cakap dont judge a book by its cover kan? rasa dia mesti sedap kan? tak pernah lagi try maybe boleh cuba one day
5 Little Angels said…
Bestnya makanan kat sini. Baca sampai air liur keluar. Ha ha ha... Definitely will try this out.
Mimie said…
Wah sedapnya semua menu yang ada. Shell out tuh memang membuka selera sungguh. Ikan bakar pun sama. Eh pendek kata semua makanan buffet kat sini nampak sedap dan menyelerakan. Saya tak berkesempatan pulak nak makan di sini kalau ada masa nak juga berbuka kat sini kan
cindyrina said…
Baru buka pose. Tengok makanan terus lapar balik. For golden triangle area price buffet ni not bad.Banyak juga pilihan siap Ada shell out lagi.
kitepunye said…
walaupun dari luaran mungkin nama hotel macam lama tetapi dah lama rupanya hotel ini. main course dia pun sedap dan masih mengekalkan makanan tradisional cam nenas masak lemak ikan masin.
sedapnya menu berbuka kat sini. lagi-lagi seafood fresh tu memang craving je scroll gambar. sedap betul tengok ikan bakar ce=hef masak live depan tetamu. ha macam ni la baru sedap nak makan panas-panas time berbuka kan
Hanny Abdullh said…
Nasib baik lah sis tengok time kol 2 pagi ni, perut lapor terus..terus ke dapur cari makanan bila tgok lauk2 yang ada kat sini. Tk pernah lagi cuba makan kat sini, nanti boleh le cuba
Nadia Johari said…
Woww.. Udang dia mengancam betul.. Ade juga masak lemak tu.. Menggoda sangat menu dia.. Tempat tgk lun selesa.. Nak berbuka pun sedap je..
Dik Bee said…
Menarik ni siap ada shell out. Tak byk buffet ramadhan yang ada shell out kan. Saya memang peminat seafood. Boleh la try sini nanti sebab tgk harga takde la mahal sgt.
Emi said…
Wahhh siap asa shell out. Kerlasss gitu haaa. Makanan lain pun nampak menyelerakan sangat. Nanti nak cuba jugak la. Boleh ajak kakak2 emi berbuka kat sini.
airah syahirah said…
suka tengok buffet ramadhan yang banyak makanan menarik macam ni.terliur tengok setiap menu dia.nak ajak husband la nanti
Unknown said…
Wow.. menu dia semua best best la
Harga pun mampu milik. Tak mahal mana.
Boleh makan macam macam masakan pulak tu.
Sesekali merasa makan buffet Ramadhan best juga kan..
Zharif Azis said…
wahhh ! nampak menyelerakan betul hidangan2 yang ditawarkan di sini ya. menu2 dorang sangat pelbagai. mesti sedap nie. harga pon berbaloi. nanti nak bawa satu family berbuka dekat sini lah
Bebelan Cik Min said…
Tak pernah lagi try buffet ramadan kat sini. nampak sedap semuanya kak..boleh la try sini pulak
Mawardi Yunus said…
tak pernah lagi berpeluang ke hotel international ni. apatah lagi cuba makanan dan bufet diorang. nnti boleh cuba

Popular Posts