Rawatan Istimewa Untuk Wanita di KLINIK ESTETIK D' UMRA, SHAH ALAM

Klinic D'Umra menawarkan pelbagai perkhidmatan estetik bukan-pembedahan dan merangkumi Laser Skin Rejuvenation, Laser Hair Removal, Hair Restoration, Facial Reshaping & Restoration, Wellness, Weight Loss/Slimming, Body Care dan suntikan seperti Dysport (Botulinum Toxin), Fillers dan lain-lain.

Selain itu Klinik d' Umra juga terletak begitu strategik di seksyen 13 Shah Alam Selangor. Bilangan tempat letak kereta yang mencukupi, memang memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan. Antara sebab utama lain mengapa saya memilih untuk membuat rawatan di sini adalah kerana klinik ini patuh syariah. Semua stafnya sangat menjaga aurat pesakit/pelanggannya ketika mendapatkan rawatan di sini.

Persekitaran didalam klinik juga sangat cantik dan kemas. Ini menjadikan pelanggan/pesakit lebih selesa ketika berada di sini.
Pertama kali saya datang ke sini adalah untuk temujanji rawatan muka. Namun ketika berada di sini saya telah diperkenalkan oleh Doktor Lashela Dharmadas dengan satu rawatan yang cukup istimewa terutama buat wanita yang sudah berumahtangga. Oh ya! Untuk pengetahuan korang Doktor Lashela sememangnya adalah pakar dalam bidang astetik dan beliau seudah berada didalam bidang ini 13 tahun lamanya.

Rawatan istimewa ini menggunakan sepenuhnya teknologi laser. Kebiasaannya wanita yang berkahwin mereka akan mengamalkan petua yang menjadi amalan untuk penjagaan faraj. Contohnya pengambilan akar kayu, daun sireh dan sebagainya. Dan tidak dinafikan tipikal wanita memang sering inginkan kesempurnaan seluruh badan, dari atas sampailah ke hujung kaki.
Namun begitu dunia perubatan bidang estetik hari ini telah memperkenalkan terknologi cahaya laser bagi memudakan dan menganjalkan kembali faraj. Di mana siapa sangka ianya adalah antara rawatan yang digemari kebanyakan wanita yang sudah berumahtangga. Saya difahamkan melalui rawatan ini bukan saja dapat memberi keanjalan pada faraj tetapi juga boleh membuatkan warna kulit sekitarnya menjadi kemerahan dan tidak gelap. Selain itu untuk wanita yang sudah melahirkan anak, tentunya mereka akan mengalami masalah mudah terkucil. Jadi melalui rawatan laser ini dapat membantu wanita tersebut mengatasi masalah terkucil yang dialami.

 Ini adalah antara bilik rawatan di Klinik Estetik D'Umra Shah Alam. Ada bilik agak besar dan ada yang kecil untuk lebih privasi. Namun keistimewaannya klinik ianya menyediakan peralatan rawatan terkini yang berteknologi tinggi.

Serius korang! Terutama buat wanita yang sudah berkahwin dan telah melahirkan anak janganlah stress kalau korang ada masalah dalam perhubungan suami isteri. Kena bertindak. Silalah berjumpa doktor estetik dan dapatkan nasihat. Ini juga bagus untuk kesihatan serta panjagaan badan luar dan dalaman. Sepertimana yang mana kita perlu sedar bahawa diri kita perlu disayangi terlebih dahulu. Dan ironinya kita mahukan yang terbaik buat diri sendiri.


So kalau korang nak dapatkan rawatan boleh ke :
 KLINIK ESTETIK D' UMRA, SHAH ALAM
No. 12, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam, 40100,
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Sebarag pertanyaan dan temujanji boleh hubungi:-
☎️ 017-883 1944


psst: Adalah digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Comments

Popular Posts