Resepi Puding Roti Bersama Anggur Hitam Serta Sos Kastad | Menggunakan Produk Dari Segi Fresh Market

Seperti biasa di bulan ramadhan ini, ibu-ibu pastinya antara yang sangat teruja dalam memikirkan menu terbaik untuk keluarga terutama ketika waktu berbuka. Ada yang memang sudah merancang setiap minggu masakan apa yang hendak disediakan untuk orang yang tersayang. Dan saya juga tidak ketinggalan dalam membuat perancangan juadah berbuka. Semangatkan, heheh.

So, antara menu yang saya suka kongsikan dengan korang adalah puding roti istimewa bersama jem kismis hitam. Sedap jem ni. Manakala susu sejat (evaporated milk) saya guna jenama Trader's Choice. Kedua produk ini saya dapatkan di Segi Fresh Market. 
Puding Roti dengan Jem Anggur Hitam bersama sos kastad

Boleh rujuk pada video ini cara nak buat puding roti yang sedap ini ya, heheheh

Untuk sos kastard, lagi mudah.

Disebabkan saya nak buat sedikit jer sos. So bahannya cuma lebihan susu sejat tadi (1/4 cawan), 2-3 sudu gula, 1 1/2 tepung kastard.

 Kacau rata..Feeling betul,,

Panaskan atas dapur dengan api perlahan. Sentiasa kacau sehingga bancuhan menjadi likat. Boleh tambah kismis jika suka ya**

Saya suka juga dengan jenama SEDAAP ini. Terutama untuk susu pekat khas untuk ditambah dalam minuman air teh tarik dan kopi susu. Rasa lemak susu begitu lazat dan berkrim memang sangat berpadanan dengan rasa teh yang kaw.

Saya kalau bancuh teh tarik memang masak air dalam periuk bersama uncang teh sekali. Lepas air menggelegak, barulah dituangkan susu pekat manis dan jika nak seimbangkan rasa keenakkannya boleh tambahkan sedikit susu sejat.

Selepas moreh, saya biasanya akan sediakan hidangan yang 'simple' untuk anak-anak lelaki dan suami yang pulang daripada solat teraweh di masjid. Antara kegemaran mereka adalah keropok lekor dinikmati bersama Sos Cili jenama Berkat dari Segi Fresh Market.


Suami pula suka menikmati secangkir kopi. Haruslah saya menggunakan Kopi Premix dari Segi Fresh Market. Minum panas-panas samada dengan biskut keras, roti dan pelbagai lagi. Memang best! Aroma dan rasa kopi ini memang terbaik :-)


Banyakkan saya stock up barangan dapur di Segi Fresh Market. Sebabnya harga yang dijual kat sini agak murah dan berbaloi. Dah alang-alang datang berbelanja, memang beria saya pilih barang untuk dijadikan stok bahan masakan sepanjang bulan ramadhan ini.

Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh layari :-

Website : www.segifresh.com
Facebook : www.facebook.com/segifresh
Instagram : www.instagram.com/segifreshmarket
Resepi Puding Roti Bersama Anggur Hitam Serta Sos Kastad | Menggunakan Produk Dari Segi Fresh Market Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 09, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.