Buah Epal Ambrosia Sebaga Salah Satu Ramuan Hidangan Citarasa Malaysia


Saya memang suka buah epal. Antara buah yang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan mudah didapati di pasaran. Apatah lagi buah epal itu yang rasanya manis-manis semulajadi. Dan epal "Ambrosia" adalah antara buah epal yang terbaik diimport khas dari New Zealand kini mula mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Dengan tekstur kulitnya yang licin dan berkilat, ranggup diluar berjus didalam, rasa kemanisan madu epal yang cukup memikat antara faktor mengapa jenama ini sangat digemari.

Oh ya! Perkataan "Ambrosia" itu sendiri membawa maksud "food & drinks of the Gods" dalam bahasa Greek.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya satu kempen penggunaan buah epal Ambrosia sebagai salah satu ramuan dalam hidangan masyarakat Malaysia telah diperkenalkan. Antara lain kempen Amboi Ambrosia ini bertujuan untuk mewar-warkan kepada peminat epal khasnya tentang dunia kulinari yang boleh menghasilkan hidangan Malaysia menggunakan buah epal dengan cara yang sangat unik dan enak.

Untuk itu satu kaloborasi antara pihak Heartland Group (Ambrosia) bersama GCH Retail telah berlangsung bagi tujuan pelaksanaan kempen yang dirancangkan.

Lebih menarik semasa pelancaran kempen ini, pihak Ambrosia telah menjemput Chef Wan selaku chef selebriti yang cukup popular di Malaysia membuat demo masakan menggunakan epal sebagai salah satu ramuan dalam hidangan tempatan.

Antara 3 hidangan yang enak disediakan seperti:-

Ambrosia Grilled Calamari Salad. Seperti kerabu ianya menggabungkan rasa manis masam epal bersama Sotong Calamari. Sedap dinikmati bersama nasi panas.

Tom Yum Pumpkin Soup with Ambrosia Apples. Masakan ini bagi saya rasanya agak unik dan sangat 'rare'. Dan ianya sangat-sangat sedap. Siapa sangka gabungan buah epal bersama labu yang lemak-lemak manis memang enak sangat rasa rupanya.

Ambrosia Apple Chutney. Masakan berempah tetap menyelerakan. Ini terutama jika dinikmati bersama nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.

Buah epal Ambrosia ini datangnya dari kepulauan di bahagian selatan bandar Nelson yang terletak di New Zealand. Kawasan  ini cukup popular dalam penghasilan epal terbaik iaitu sebanyak 40% bermula dari tahun 1913. Epal Ambrosia ini diletakkan di bawah jenama Luv'ya yang mana ianya datang dari ladangnya sendiri , pembungkusan dan pemasaran dari syarikat tertentu. Selain daripada  Ambrosia, epal Royal Gala, Fuji dan Breburn  juga dibawah siri Luv'ya.

Feveret saya dulu, kini dan selamanya iaitu jus buah epal.

Epal Ambrosia kini boleh didapati di Giant Hypermarket, Cold Storage dan Jason's Food Hall serta pasaraya-pasaraya besar yang lain di Malaysia.

Kempen Amboi Ambrosia memang best!

Comments

Khasiat buah Epal sangat banyak, rugi kepada masyarakat Malaysia tidak mengambil peluang nikmati daripada khasiat Epal ini. hehe
Rawlins GLAM said…
Rawlins memang penggemar epal, tak kisah warna apa pun.
Now dah boleh la pikir camne nak masukkan dalam juadah pula kan.
cre8tone said…
i like to eat apple.. an apple a day keep the doctors away.. yeah yeah!
Yum... yum... fresh apple buah, apple juice, apple brownies... sedap, nnt mouse mommy bawa MR MH shopping sekali ya. Terima kasih atas info ni!
CXopportunities said…
Wah! Ini sudah bagus. Cx dah la sekarang tengah gila makan buah epal. Huhu. Boleh borong banyak2 ntk stok cx ni ehheheh sedapnya! Ngences terus ni haa fuh!
Absolute Yana said…
I would so like to try out the epal kerabu. Never had it before but I can already imagine the Crunchy sweet sourness of the dish..
xulhlmi said…
wahhh first time tengok orang masaukkan epal dalam juadah makanan. selalu buah epal ni sebagai pencuci mulut dan jus je. lepas baca cerita ni, terus rasa nak pergi dapur cuba resepi yang chef wan buat tu. Hheheh
cindyrina said…
First time dengar brand epal ni. Buatvi nak rasa je. Tak sangka banyak benda boleh buat dari epal. i selalu dengar jus dengan pai je. Boleh la try namti.
Nadia Johari said…
epal ni laian daripada yang lain ke denagn epal yang biasa..boleh dicuba ni..boleh cari ni..tengok mcm sedap
Kita pun klu ada buah apple tau mkn jer tp nk masak mcm2 resepi mmg tak tulah sbb tak biasa guna buah apple kan
Nina Mirza said…
Kalau pi Giant memang ini brnda wajib nina beli. Epal dia sedap dari yg lain. Sehari nina perlukan dalam 2 biji epal. Kalau sekeluarga sekali beli dalam 6 ke 7 pack. Tu pun tahan dalam 3 hari. Nanti dok ulang beli lagi. Sedap epal ni
Mimie said…
Wah tak sangka dari sebiji boleh variasikan dengan pelbagai menu makanan. Memang kena kreatiflah nanpaknya. Dato Chef Wan memang kreatif dan serba boleh. Dari sebiji epal macam macam boleh dijadikan menu kan. Saya pun tak terfikir
Syiera Firdaus said…
Ala sedapnya menu berasaskan epal ni. Epal ni pun lain sikit ye. Boleh cuba beli nanti
precious cla said…
APPLE MEMANG MY FAV, ESPECIALLY GREEN APPLE :) SO, apple da dijadikan makanan pula memang something yang istimewa
Sunshine Kelly said…
My whole family memang minat makan apple, we have it almost every week. I tried Chef Wan's Tom Yam Pumpkin Soup with Ambroia Apple memang sangat sedap and Apple Salad also is my favourite.
Apple juice, fresh apple , apple pie kegemaran anak2 mouse mommy jugak. Nnt shopping nak cari Ambrosia apple ni jugak. Honey sweet, crisp and juicy ya.
Wawa Ashihara said…
wah mcm2 boleh dibuat dengan epal ye. Ingatkan jus epal je.. Tapi epal kalau ltk dlm mskan pon sedap juga kan. Ada rasa manis masam kalau buat kerabu epal pun sedap gak..aduhh terliuq lakkk. Hahah

Popular Posts