Pembukaan Butik Telekung SK Yang Ke-32 di Central i-City Shah Alam

Jenama Telekung Siti Khadijah sememangnya cukup popular. Kehebatannya bukan sahaja dari segi kualiti fabrik bahkan rekaannya cukup menarik dan bersesuaian dengan citarasa masyarakat Malaysia. Dan baru-baru ini butik ini telah melancarkan dua pembukaan butik terbaru mereka iaitu di Central i-City Shah Alam dan Subang Parade Selangor.

Dan saya berkesempatan menghadiri pembukaan butik yang ke-32 nya iaitu di Central i-city Shah Alam. Majlis pembukaan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan. Turut hadir ke majlis adalah Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin selaku Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd.

Bersempena dengan pembukaan butik terbaru SK, satu produk terbaru daripada Seedkey telah dilancarkan. Produk tersebut adalah Seedkey Hair Mist Jasmine dan Seedkey Hair Mist Rose.  Untuk pengetahuan semua Seedkey merupakan produk penjagaan kulit dan badan yang telah diperkenalkan pada tahun 2017. Apa yang menarik produk Seedkey adalah berasaskan daripada bahan semulajadi.


SK turut memperkenalkan koleksi telekung terbaru mereka iaitu TPO Nayla & Basic Kain Safaa. Harga promosi bagi TPO Nayla adalah RM 239 manakala Basic Kain Safaa pula berharga RM149.

Pelbagai barangan yang lain seperti beg telekung, beg tangan, baju kurung, handsocks dan pelbagai barangan lain boleh didapatkan di butik SK dengan harga promosi yang berbaloi bersempena dengan Grand Opening yang bermula 26-28 Julai 2019.

Memang cantik-cantik koleksi bahu kurang, jibah dan kurta di bawah label SK. Apa yang penting kita dapat lihat jenis fabrik yang digunakan memang benar-benar memberikan keselesaan.

Saya juga sangat tertarik dengan kasut dan beg tangan yang sesuai untuk digayakan oleh wanita muslimah. Sangat sederhana tetapi tetap menarik.

So, korang bolehlah datang ke Butik Telekung SK yang kini telahpun dibuka di dua cawangan terbaru mereka iaitu di Central i-City dan Subang Parade.

Jom~!

Comments

Popular Posts