Jacob’s Krim Kraker Original Meraikan Ikon Original Malaysia



Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan; Almarhum Tan Sri P. Ramlee, lagenda layar perak dan Datuk Nicol David, ikon skuasy negara, adalah antara ikon yang menjadi sumber inspirasi Jacob’s untuk merealisasikan kempen Jacob’s The Original Cream Cracker Meraikan Ikon Original Malaysia sempena sambutan Merdeka ini.


Sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-62 tahun ini, Jacob’s, sebuah jenama biskut di bawah Mondelez International ingin mengiktiraf ikon terhebat Malaysia dalam menghargai usaha dan pencapaian mereka menjadi yang pertama, yang terbaik dan original dalam bidang mereka sendiri.

Mengulas mengenai kempen ini, Raja Zalina Raja Safran, Pengarah Hal Ehwal Korporat, Mondelez International (Malaysia) berkata, “Biskut Jacob’s telah berada di Malaysia selama 66 tahun, sebelum Malaysia mencapai Kemerdekaan pada 1957. Setelah sekian lama berada di Malaysia, biskut Jacob’s sentiasa dikenali sebagai biskut kraker yang original. Kaedah pembuatannya mungkin berubah dari masa ke semasa, tetapi seperkara yang masih kekal adalah resipinya yang original dan keunikan rasanya, yang sering disebut-sebutoleh peminat setia kami.”

“Kempen Jacob’s Krim Kraker Original Meraikan Ikon Original Malaysia adalah cara kami meraikan sejarah negara yang kaya dan menghargai segala pencapaian dan pengorbanan negara sehingga kini. Merdeka ini, kita dapat mengenang kembali tentang kehebatan Malaysia!”
, tambah Raja Zalina.

Kempen Jacob’s Krim Kraker Original Meraikan Ikon Original Malaysia ini menampilkan lapan ikon Malaysia yang memberi inspirasi dan menjadi lagenda dalam bidang yang diceburi:

1. Tunku Abdul Rahman – Perdana Menteri Malaysia pertama yang memerdekakan Malaysia.

2. Tan Sri P. Ramlee – Lagenda industri hiburan negara yang terkenal dengansumbangannya dalam industri filem dan musik serta karya sastera.

3. Datuk Nicol David – Ratu skuasy negara yang dikenali sebagai pemegang takhta juara skuasy dunia paling lama dan menyemarakkan nama Malaysia di mata dunia.

4. Bram Lee – Bintang YouTube Malaysia pertama yang mendapat 1 juta pengikut ikon muda dalam bidang media sosial.

5. Farah Ann – Ikon gimnastik bertaraf dunia, ikon pertama Malaysia dalam sukan gimnastik.

6. A.Chandramalar – dikenali sebagai Wanita Besi yang merupakan wirawati polis wanita pertama Malaysia yang mengetuai Unit Anti Jenayah di Penang.

7. Marina Ahmad – Penawan Gunung Everest, merupakan wanita Malaysia pertama yang berjaya menakluk puncak Gunung Everest.

8. Yaashwin Sarawanan – Dikenali sebagai Kalkulator Manusia dan ikon termuda yang tersenarai sebagai rakyat Malaysia pertama mendapat tempat dalam rancangan ‘Asia’s Got Talent’.

“Kami amat berbangga kerana dapat turut serta bersama ikon original ini yang unik dengan caranya yang tersendiri. Minat dan komitmen mereka akan terus memberi inspirasi kepada kita rakyat Malaysia,” kata Raja Zalina.

Farah Ann, yang membesar bersama krim kraker Jacob’s berkata, “Ini adalah satu penghormatan kepada saya kerana terpilih dalam kempen ini dan tersenarai bersama Ikon Original Malaysia yang hebat. Saya bersyukur. Terima kasih Jacob’s Krim Kraker Original.”

Kempen yang dilancarkan pada Ogos dan akan berakhir pada Hari Malaysia (16 September) ini terdiri daripada:

A. Iklan TV
Iklan berdurasi 15 dan 60 saat ini adalah berkisar tentang penghasilan aksi ikon Original Malaysia ini melalui kraf ukiran halus di atas biskut Jacob’s Krim Kraker Original. Pertamanya, setiap aksi ikon-ikon ini akan dilakar, kemudiannya ia diukir dengan halus dan cermat menggunakan laser di atas biskut Jacob’s Krim Kraker Original satu persatu untuk menghasilkan filem gerak henti. Ia akan ditampilkan di platform TV dan juga digital.

B. Video di Sebalik Tabir
Video di sebalik tabir juga dihasilkan untuk merakam penghasilan iklan TV #TheOriginal berdurasi 60 saat. Proses ini mengambil masa 3 hari menggunakan biskut Jacob’s Krim Kraker Original. Grafik komputer juga digunakan untuk menentukan kedudukan kraker, pergerakan kamera dan juga aspek masa. Pelbagai teknik seni ukir telah dicuba sepanjang dua bulan tempoh percubaan dan akhirnya caraukiran laser telah dipilih untuk penggambaran. Video ini kemudiannya diperbaiki dan merangkumi komen, idea, konsep dan produksi pengiklanan. Video ini akan disiarkan di saluran YouTube Jacob’s.

C. Sarung Istimewa Jacob’s Krim Kraker Original
Sarung tin dan pek Jacob’s Original Krim Kraker akan memaparkan sebahagian ikon Original Malaysia, terutamanya - Tunku Abdul Rahman, Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Nicol David. Ini boleh didapati dalam bentuk tin dan pek.

D. Cenderahati Peribadi Kraker
Pelanggan juga berpeluang untuk memiliki cenderahati peribadi apabila mereka membeli salah satu daripada lapan tin Jacob’s yang dilukis ukirannya dengan tema ikon Malaysia. Mereka juga dapat melihat proses ukiran kraker peribadi mereka. Rasai pengalaman ini di rangkaian AEON terpilih, Tesco, Giant dan Mydin di seluruh negara sepanjang tempoh kempen ini.

A.Chandramalar, yang mengenang kembali zaman mudanya berkata, “Ibu bapa saya memperkenalkan krim kraker Jacob’s ketika saya masih kecil lagi. Hari ini, saya sangat teruja melihat wajah saya diukir di atas kraker kegemaran saya. Saya terharu apabila diiktiraf oleh jenama besar ini dan lebih lebih lagi sempena kemerdekaan"
Rebut peluang untuk memiliki kraker Jacob’s peribadi anda; dan juga tin dan sarung Jacob’s Krim Kraker Original edisi terhad sempena musim kemerdekaan ini. Jadikan sambutan Merdeka kali ini lebih istimewa dengan meraikan Ikon Original Malaysia dengan Jacob’s Krim Kraker Original.


Comments

Popular Posts