Planet Spa, Rangkaian Jagaan Tubuh Mewah dari Avon

Planet Spa, Rangkaian Jagaan Tubuh Mewah dari Avon- Tidak dinafikan semua wanita menggemari belaian dan jagaan rapi, namun tidak semua punyai kemewahan masa dan perutukan untuk ke spa. Apatah tuntutan kerja yang semakin berlambakan dan pada masa yang sama hati meronta-ronta untuk berehat dan ingin membelai tubuh badan. Memahami tentang kekangan tersebut, Avon Malaysia telah memperkenalkan siri penjagaan tubuh badan Planet Spa, Di mana kita boleh mencipta sendiri kedamaian mengasyikkan di spa dan nikmati saat memanjakan diri tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah yang didiami.

Rangkaian Penjagaan Tubuh Avon, Planet Spa

Paling penting setiap rangkaian Planet Spa dirumus dengan ramuan hebat dari serata dunia yang terkenal dengan kebaikan dalam memanjakan tubuh dan minda.

Terdapat 3 rangkaian penjagaan iaitu purifying, nourishing dan hydrating

PERFECTLY PURIFYING

Kita oleh segarkan semula kulit dengan kuasa terapeutik garam tulen dari Laut Mati serta pelbagi mineral. Ianya dapat membantu menanggal sel kulit mati dan kotoran agar kulit tampil lebih sihat dan bertenaga. Haruman pudinanya memberi limpahan kesegaran pada minda yang letih.


 Dead Sea Minerals Perfectly Purifying Body Scrub 200ml


 Dead Sea Minerals Perfectly Purifying Body Butter 200ml


Saya suka dengan testur krim ini. Mudah meresap, tidak melekit dan baunya memang harum!


BLISSFULLY NOURISHING

Selama berkurun, lepa Shea digunakan di Afrika untuk melembap dan melindung kulit dari sinar mentari, angin, bahang dan air laut. Bahan mewah dan bernutrisi ini mendakap tubuh dalam kehangatan mengasyikkan, ianya dapat memberikan pengalaman spa yang sukar dilupakan.


 African & Shea Blissfully Nourishing Body Butter 200ml



 African & Shea Blissfully Nourishing Hand Cream 30ml


Gabungan kedua ini memang terbaik! Sepertima kita tahu she abutter dapat membantu melembapkan dan melembutkan kulit.


HEAVENLY HYDRATION
Diinspirasikan dari bahan unggul yang digunakan dalam tamadun Mesir & Greese Kuno untuk membersih, mlembap dan mengurut tubuh, rangkaian ini menggabungkan minyak zaitun dengan formulasi moden bagi pengalaman spa yang tersendiri. Kita boleh nikmati hidrasi mewah buat kulit serta haruman menenangkan yang merelaks minda serta-merta.

 
Memang best giler skrub badan ni. Rasa lembut jer tangan lepas guna.

 Mediterranean Olive Heavenly Hydration Body Scrub 200ml

Saiznya yang kecil sememangnya sangat praktikal untuk di bawa ke mana sahaja.


 Mediterranean Olive Heavenly Hydration Hand Cream 30ml

Secara ringkas penjagaan badan merangkumi 3 langkah iaitu skrub, hidrasi dan juga melembapkan. Ini bagi memastikan kulit tubuh badan kita lembut dan kita sendiri aan rasa lebih segar dan bersemangat!

Rangkaian Jagaan Tubuh Planet Spa boleh didapati dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON, atau beli atas talian di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866).
Planet Spa, Rangkaian Jagaan Tubuh Mewah dari Avon Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 09, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.